
KUALA LUMPUR – Sistem Maklumat Pengangkutan Bersepadu (ITIS) yang membekalkan visual keadaan lalu lintas di jalan-jalan utama akan ditutup sementara sehingga penghujung tahun ini.
Pengurus Perancangan Korporat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Dr. Ismail Stapa berkata, penutupan sementara perkhidmatan tersebut kerana sistem berkenaan sedang menjalani proses naik taraf.
“Kerja-kerja menaiktaraf yang sedang dilaksanakan ini dijadualkan sehingga penghujung tahun 2013 dan ITIS dijangka dapat beroperasi semula pada Januari 2014,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Ismail berkata, kerja-kerja menaik taraf ITIS tersebut meliputi peralatan kamera litar tertutup (CCTV), papan elektronik (VMS), sistem siaraya dan sebagainya.
Menurutnya, pada waktu ini, kerja-kerja menanggalkan pemasangan peralatan CCTV, VMS dan peralatan lain yang berkaitan sedang giat dilaksanakan.
Sehubungan itu, katanya, sepanjang tempoh kerja-kerja menaik taraf dilaksanakan, tiada maklumat atau hebahan trafik dapat disiarkan melalui paparan ITIS.
0 komentar:
Posting Komentar