Rabu, 25 Desember 2013

RABU, 14 MAC 2012

KEADAAN lelaki yang dibelasah selepas didakwa mencabul seorang wanita di sebuah kafe di Taman Tunku Haminah, Sungai Petani semalam.




SUNGAI PETANI - Sebuah kafe di Taman Tunku Haminah di sini kecoh semalam apabila seorang lelaki yang dipercayai mabuk bertindak memegang dan meraba punggung seorang wanita yang sedang mengambil makanan di kafe itu.

Semasa kejadian pada pukul 1 pagi, seorang wanita berusia 30-an pergi ke kafe itu bersama teman lelakinya untuk makan tengah malam.

Namun, semasa leka memilih makanan, mangsa terkejut dan berasa amat malu apabila punggungnya didakwa dipegang dan diraba oleh seorang lelaki bertubuh besar.

Sebelum mencabul mangsa, lelaki itu didakwa asyik memerhatikan wanita itu yang berdiri ketika memilih makanan.

Wanita berkenaan yang terkejut dengan kejadian itu membatalkan hajatnya mengambil makanan dan pergi ke meja sebelum mengadu kepada kekasihnya mengenai insiden tersebut.

Kekasih mangsa yang geram dengan tindakan lelaki tersebut terus membelasahnya sebelum pelanggan lain di restoran tersebut turut memukul lelaki yang didakwa mencabul itu.

0 komentar:

Posting Komentar

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!